Selamat Tahun Baru Cina 2012

E-mail Print PDF
2012heka
Last Updated on Friday, 13 January 2012 10:32
 

Insiden Keganasan UPSI Memalukan Sistem Demokrasi

E-mail Print PDF

3hb Disember 2011

Kenyataan Media Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG  

Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG mengecam tindakan pasukan FRU menahan 17 orang mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim dan mencederakan dua orang pemimpin mahasiswa, Muhammad Safwan Anang dan Amar Rasyidi. Pihak polis mencabul hak menunjuk perasaan mahasiswa dan mengganasi mereka yang tidak bersenjata, ini memang memalukan sistem demokrasi Negara kita.

Kebebasan berfikir dan kebebasan menunjuk perasaan adalah penting bagi seorang mahasiswa, pihak universiti dan polis harus menghormati hak-hak perlembagaan mereka, tidak patut menyuraikan perhimpunan aman dengan menggunakan kekerasan. Perdana Menteri Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa kerajaan akan mengubahsuaikan seksyen 27 Akta Polis yang mengehadkan kebebasan berhimpun dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang mencabul hak berpersatuan. Insiden UPSI menunjukkan pihak universiti dan polis masih gemar amalan-amalan tidak demokrasi dan tiada langsung konsep menghormati hak asasi manusia.

 

Dr Chia Thye Poh terima anugerah

E-mail Print PDF

chiathyepoh1Dr Chia Thye Poh, bekas Ahli Parlimen Malaysia (1963-1965) dan seorang tahanan tanpa bicara paling lama (32 tahun) di dalam sejarah rantau Asia, telah diberi anugerah semangat Lim Lian Geok (Lim Lian Geok Spirit Award) tahun 2011.

Beliau adalah graduan Universiti Nantah Singapura dan dipilih sebagai Ahli Parlimen Jurong pada tahun 1963 dengan tiket Barisan Sosialis. Beliau menghadiri sidang Parlimen Malaysia dari 1963 sehingga 1965 (Singapura berpisah dari Malaysia) dan sering mengkritik tindakan kecam kerajaan Lee Kuan Yew dan imperialisma di rantau Asia Tenggara.

Pada tahun 1966 beliau di tahan oleh kerajaan Lee Kuan Yew dan dituduh merancangkan aktiviti pro-komunis terhadap kerajaan. Beliau tidak akui tuduhan tidak berasas itu, oleh demikian kerajaan Lee Kuan Yew menahan beliau selama 32 tahun tanpa menunjukkan sebarang bukti dan tanpa bicara.

Disebabkan tekanan antarabangsa, kerajaan Lee Kuan Yew terpaksa membebaskan Chia pada tahun 1998. Kemudian Chia terima tawaran biasiswa luar negara dan melanjutkan pelajaran di Netherlands, beliau mendapatkan sarjana dan PhD di Institute of Social Studies di Hague.

Pada 18hb Disember 2011, Beliau menerima anugerah tersebut di Sekolah Menengah Persendirian Confucian Kuala Lumpur. Lebih kurang seribu orang menghadiri upacara penganugerahan tersebut, termasuk alumni Universiti Nantah, Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar, Setiusaha Agung Parti Sosialis Malaysia Arutchelvan, tetamu-tetamu khas Singapura dan murid-murid.

Pengasas Suara Rakyat Malaysia Dr. Kua Kia Soong telah mempersembahkan satu lagu bertema "The Ballad of Chia Thye Poh" pada upcara penganugerahan tersebut.

Anugerah Semangat Lim Lian Geok adalah salah satu anugerah paling penting bagi masyarakat Cina Malaysia, ia ditubuhkan pada tahun 1986 untuk memuji individu atau pertubuhan yang memberi sumbangan kepada pendidikan Bahasa Cina atau semangat perjuangan untuk hak asasi manusia.

 

Simposium: "Ulang Tahun Ke-40 Konsep dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan: Penilaian Semula"

E-mail Print PDF

simposium national cultural policy

Pada tahun 1971, Kerajaan Malaysia telah menggubal dasar kebudayaan kebangsaan yang merangkumi tiga prinsip seperti berikut: (i) Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini (ii) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima. (iii) Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.

Menjelang ulang tahun ke-40 termaktubnya Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG bersama Jawatankuasa Kebudayaan-Pendidikan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor akan menganjurkan satu sesi simposium dan menjemput sarjana-sarjana berbilang kaum dan dari pelbagai latar belakang bidang kepakaran untuk meneliti kembali dasar  tersebut secara menyeluruh.

Persoalan-persoalan berikut dirasakan amat terdesak untuk direnungi dan disemak semula pada simposium tersebut:

Adakah Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang sedia ada berupaya membentuk budaya nasional yang bersifat inklusif dan diterima segenap lapisan masyarakat? Adakah Dasar Kebudayaan Kebangsaan perlu dirombak atau diubahsuaikan? Perlukah negara kita berpegang kepada suatu set tata hidup dan kebudayaan bersama?

Maklumat-maklumat simposium adalah seperti berikut:

 

Tarikh            :           10 Disember 2011 (Sabtu)

Masa               :           10:00am-4:00pm

Tempat           :           Auditorium, Dewan Perhimpunan Cina

Kuala  Lumpur dan Selangor (KLSCAH)

Pemakalah Jemputan:

 

a.Dr.Alis bin Puteh (Pensyarah Kanan UUM)

b.Dr. Chemaline Anak Osup (Pensyarah Kanan UPSI)

c.    En. Tan Lee Ooi, calon PhD di NUS

d.Dr. Helen Ting, Felo Penyelidik UKM

e.    En. Abd. Ghapa Harun (pensyarah Kanan UKM)

Yuran pendaftaran bagi orang awam adalah RM20 dan pelajar RM10. Sila hubungi En. Kong (03-26971971/1972) atau Puan Leong (03-22746645) untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran.

 

 

Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG

Jawatankuasa Kebudayaan-Pendidikan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor

 

Selamat Hari Deepavali 2011!

E-mail Print PDF

Daripada Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG

 
  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  5 
  •  6 
  •  7 
  •  8 
  •  9 
  •  10 
  •  Next 
  •  End 
  • »


Page 1 of 16